Monday 7 February 2011

Sebarkan Ia

Salam..

Apabila terbaca tajuk entri, mesti ada yang meneka bahawa saya akan bercakap mengenai menyebarkan salam atau menyebarkan ilmu. Tapi, ia salah dan tekaan anda salah.

SEBARKAN ISLAM.



Itulah yang saya nak perkatakan serba-sedikit sebagai pembuka kepada tulisan dalam blog ini. Semalam saya dan sahabat-sahabat di Davangere, India pergi menghadiri perjumpaan yang dianjurkan oleh jamaah muslim di Masjid Muhammadiya di Barlane Road. Speaker merupakan manager untuk syarikat Mahindra (sebuah syarikat automotif di India) dan beliau menceritakan bahawa setiap muslim itu membawa imej Islam dan sepatutnya bangga dan menonjolkan imej Islam itu dengan sebaiknya.

Beliau mengambil petikan kata-kata daripada beberapa tokoh di India dan antarabangsa seperti Mahatma Gandhi, Jawarhal Nehru. Mereka ini mengatakan bahawa betapa indahnya Islam itu dan mengidamkan kewujudan sistem Khalifah di India biarpun yang majoriti di India adalah penganut agama Hindu. Mahatma Gandhi sendiri mengagumi akan keunggulan keperibadian dan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Beliau sendiri membaca sirah Rasulullah SAW setelah terpikat akan indahnya sifat para sahabat dalam sirah yang beliau baca sebelum itu.

Jadi, yang bukan muslim akan tertarik bukan sahaja dengan ajaran Islam yang tiada tunggang-terbalik dan sesuai dengan fitrah manusia tetapi juga dengan akhlak yang dibawa oleh Islam yang dapat ditonjolkan oleh orang Islam itu sendiri. Cuba kita bayangkan, seorang yang ingin mencari agama melihat kepada seorang muslim yang akhlaknya punah, hilanglah segala keindahan dan kebaikan Islam itu sedangkan pada asalnya Islam itu indah dan sentiasa indah.

Islam bukan sahaja dapat disebarkan dengan ayat dan ceramah, tetapi juga dengan akhlak yang baik dan terpuji.

Kesimpulannya, cubalah berakhlak dengan sebaiknya dengan akhlak seorang Muslim yang ada Islamnya, bukan Islam yang terselam.

Salam. Selamat beramal.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment